Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431



Mohonku kepadamu Ya Allah...
Perbaikilah akhlakku. Hiasilah budi pekertiku. Permudahkanlah rezekiku. Kurniakanlah kesihatan yang baik untukku. Berikanlah kesejahteraan untuk seluruh kaum keluargaku. Salam dan selawat ke atas Nabiku, Muhammad s.a.w.
InsyaAllah, Amin.

Wednesday, December 16, 2009

Anugerah Skrin 2009











Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri

Drama Terbaik: Tersasar Di Jalanmu

Pelakon Lelaki Terbaik: Que Haidar (Terlerai Takbir Kasih)

Pelakon Wanita Terbaik: Rosnah Mat Aris (Tersasar Di Jalanmu)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Ahmad Tarmimi Saregar (Tak Serupa Tapi Sama)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Norish Ismail (Tersasar Di Jalanmu)

Pengarah Terbaik: Erma Fatima (Tersasar Di Jalanmu)

Lakon TV Terbaik : Erma Fatima (Tersasar Di Jalanmu)

Drama Rantaian Terbaik: Kekasihku Seru

Drama Komedi Terbaik: Datin Wan Abe

Videografi Terbaik: Tersasar Di Jalanmu

Kategori Filem

Filem Terbaik: Wayang

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Eman Manan (Wayang)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Liyana Jasmay (Kami The Movie)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Zulhuzaimy Marzuki (Wayang)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Ida Nerina (Wayang)

Pengarah Terbaik Filem: Hatta Azad Khan (Wayang)

Lakon Layar Terbaik Filem: Fariza Azlina Ishak (Kami The Movie)

Kategori Penerbitan Dalaman

Dokumentari atau Majalah Terbaik: Majalah 3 (Gaza)

Bual Bicara Terbaik: AC Di Sini (musim ke-5)

Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 23

Rancangan Hiburan Terbaik: Kemuncak Sehati Berdansa 2

Realiti Terbaik: Gadis Melayu (peringkat akhir)

Laporan Khas/Berita Terbaik: Buletin Utama- Air Najis

Anugerah Khas Juri (Anugerah Yasmin Ahmad): Jaclyn Victor (Talentime)















Alamak... janganlah kata entry ini basi. Saya sebenarnya terpaksa menunggu kesemua gambar-gambar ini daripada seorang kawan. Nasib baik malam ini baru dapat...:). Sebenarnyapun saya tidak ada apa-apa yang dapat dikritik berkenaan Anugerak Skrin 2009 ini. Hmm... kenapalah singkatan kepada program ini ASK dan bukannya AS? ASK? macam Akademi Seni Kebangsaan. Kalau AS macam Amerika Syarikat pulak. Saya kira yang sepatutnya ialah ASk. ASk 2009 !!!

Kata orang penganugerahan kali ini amat meleret sekali. Dan tumpuan terlalu di berikan kepada pengacara. Kiranya kedua-dua pengacara (Afdlin & Fara Fauzana) telah mendapat exposure yang berlebihan !!!

Persembahan pula... Hmm... bagai mana harus saya katakan. Cuma ada dua persembahan sahaja yang berjaya meninggalkan kesan. 1 - Aizat dengan lagu Pergi. Ya... latar belakang pemandangan mentari merah di ufuk barat dengan burung iytu amat memukau. 2 - Jac, Black & Azlan dengan lagu Sempurna. begitu ceria dan berpesta di tambah dengan vokal mantap ketiga-tiga mereka. Yang lainnya termasuk yang ditunggu-tunggu - Dato' Siti Nurhaliza gagal memukau.
Keputusan. Untuk kategori filem. YES... !!! Ini adalah keputusan yang paling saya tunggu-tunggu iaitu kemenangan besar Wayang yang telah dikecewakan di dalam Festival Filem yang lalu. Saya memang mengharapkan Wayang untuk dinobatkan sebagai Filem Terbaik dan Abang Eman sebagai Pelakon Lelaki Terbaik. Selain daripada Zulhuzaimy untuk mengulangi kejayaan beliau di dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Tahniah juga untuk Hatta Azad Khan (Pengarah Terbaik) & Ida Nerina (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik) !!!
Akhir kata. Terima Kasih kepada seorang lagi sahabat yang membolehkan saya untuk turut serta di "Post Party". Terima Kasih banget !!!

Monday, December 14, 2009

Bersantai Dengan Iqwal @ Sunway Lagoon



Semalam - 13 Disember 2009 saya telah berkesempatan bersama-sama Iqwal, ahli keluarga Iqwal, ahli Fan Club Iqwal & Pembaca Majalah Libur bersantai dan lepak-lepak di Sunway Lagoon. Saya tiba di pintu masuk Sunway Lagoon kira-kira jam 11.20 pagi di mana Iqwal telah sedia menunggu (janjinya 11.30 pagi). Kami menunggu sehingga peserta semua sampai dan juga En Azli (Editor Majalah Libur) untuk datang dan mengagih-agihkan tiket masuk yang berbentuk jam tangan. Kami masuk dengan satu kumpulan lantas terus ke Lighthouse Beach Bistro untuk mengisi perut dahulu. Sambil menunggu makanan sampai, Iqwal sempat lagi menandatangi CD beliau yang telah di hadiahkan sekeping seorang untuk setiap peserta sebelum masuk ke Sunway Lagoon. Sementara salah seorang peserta dari Tourism Malaysia (Manja) pula telah menghadiahkan Pen Zoom Malaysia, Pin Escape Holidays & Pin Malaysia Truly Asia - yang telah saya sematkan di 'Fisherman Hat' saya. Thank You Manja !!!

Usai makan, kami melangsungkan aktiviti utama iaitu menaiki 'rides'. Dalam 4 'rides' yang dinaiki oleh para peserta, saya cuma ikuti 2 sahaja iaitu bot yang merentasi arus sungai buatan dan 'Niagara Falls'. Kalau 'rides' yang seperti 'roller coaster' dan kapal lanun itu memang saya sudah angkat bendera putih. Dah tamat siaran kata orang. Nasib baik semasa muda remaja telah banyak rides yang saya cuba. Selepas puas menaiki 'rides' barulah kami beralih ke taman tema air dimana saya cuma mandi di bawah air yang turun dari cendawan sehingga puas dan kejut seluruh badan. Setelah bersalin pakaian baru, saya pun bersembang dengan Kak Myn - mama Iqwal.

Saya pulang sekitar jam 5.45 petang setelah hujan renyai-renyai dan keletihan ya amat. Orang memang ramai di Sunway Lagoon memandangkan ia adalah hari Ahad. jadi proses untuk keluar dan mendapatkan 'refund' juga mengambil masa. Ini tidak termasuk dengan para pelancong luar negara yang tidak bertimbang rasa dengan memotong barisan !!! Meskipun begitu, saya amat puas dengan aktiviti santai yang 'free & easy' ini. Terima kasih banyak kepada Kak Myn, Terima Kasih kepada Iwal yang bila pakai seluar bermuda dan t-shirt nampak macam budak 13 tahun tuu, Terima Kasih En Azli dari Majalah Libur!!! Dengar khabarnya ada program lagi pada 14 Februari 2010 akan datang... Saya tunggu !!!

p/s :
(1) Kredit gambar untuk Iqwal - semua gambar di ambil dari FB Iqwal Hafiz.
(2) Iwal.... Good Luck for performance @ Singapore. Do your best ya !!!

Saturday, December 12, 2009

Selamat Pengantin Baru Faizal & Fateen







Ahad lalu (6 Disember 2009) saya berkesempatan untuk menghadiri majlis akad nikah sahabat saya Faizal (yang saya panggil dia Pejal) dan Fateen. Untuk rekod, saya mengenali Peja semasa sama-sama menghadiri kursus untuk Fasilitator Program BAKTI beberapa tahun yang lalu. Sementara Fateen pula, saya cuma pernah nampak wajahnya di FB Pejal... Hahaha. Kehadiran ini juga dikira tanggungjawab yang perlu dilangsaikan kerana Pejal dan Fateen telah bersusah payah datang menghantar secara serahan tangan kad undangan ke rumah saya meskipun ketika itu saya tiada di rumah. Tarikh Majlis Persandingan gilang gemilang mereka akan di adakan di Putrajaya esok hari (dan saya sekali lagi tidak dapat menghadirkan diri kerana telah memiliki komitmen lain yang telah disahkan terlebih dahulu). Maka sayapun menawarkan diri untuk menghadirkan diri di majlis akad nikah pasangan ini yang di adakan di rumah kedua orang tuan Fateen. Kiranya saya seperti menjadi rombongan pihak lelaki pula itulah sebabnya saya memakai baju melayu berwarna biru. Majlis dimulakan lebih kurang jam 2.30 petang dan dan alhamdulillah berjalan lancar dan akad nikah sempurna dengan sekali lafaz sahaja oleh Pejal.

Pejal & Fateen kemudian tersenyum simpul dihiburkan dengan persembahan silat sebelum mereka beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Setelah menjamu selera, sudah tentu sayapun pulang - takkan nak tunggu lagi? Untuk Pejal & Fateen - Semoga Berbahagia Sehingga ke akhirnya. Saya tumpang gembira. Dulu memang selalu saya ber'teh tarik session' dengan Pejal kerana saya selalu 'out-station' di Melaka, namun kini giliran saya menunggu Pejal untuk menghadirkan diri mengikuti kursus di tempat saya bekerja jika ingin meneruskan 'teh tarik session' dengan beliau. Hahaha...

Selamat Pengantin Baru Fathi & Yan





Fathi sebenarnya bukanlah Staff saya meskipun kami bekerja di bawah satu bumbung. Meskipun begitu dalam banyak hal samada 'official' mahupun 'personal' banyak juga yang saya meminta bantuan Fathi. Dan... Fathi pula jenis yang ringan tulang, selalu membantu. Jadi seperti menjadi tanggungjawab kepada saya pula untuk sekurang-kurangnya meraikan hari bahagia beliau. Memandangkan saya tidak dapat untuk hadir pada majlis 'sambut menantu' di sebelah keluarga Fathi pada 19 Disember 2009 akan datang; maka saya meminta kebenaran 'pengantin' untuk datang ke majlis di sebelah isteri beliau, Yan pada hari ini. Fathi dan Yan telah selamat bernikah semalam (11 Disember 2009) usai Solat Maghrib. Pendek bicara; Fathi & Yan - Sekalung Tahinah daripada saya - Semoga Berbahagia sehingga Akhir Hayat, insyaAllah."

CROCS... Lagi dan Lagi dan Lagi...





My First New Pair of Crocs - Baya/Mango/M10 (Memang dah lama teringin ni). Harga tawaran di sini RM80.00 sepasang. Rasanya antara yang paling banyak pilihan ialah Baya.


My Second Pair of Crocs today - Bite Wraith Unisex/Light Grey-Navy/M9. Ini kira alas kaki baru untuk my Road Trip 18 - 20 Disember 2009 nanti. Kiranya sandal ni macam persediaan untuk aktiviti rekreasilah.

Nota Jase : Ramai teramat orang yang beratur seperti ada pesta yang akan berlangsung. Memangpun... Pesta Jualan Murah CROCS !!! Saya, Lisa dan Angah yang sampai jam 9.30 pagi pun terpaksa menunggu sehingga jam 10.15 am baru dibenarkan masuk. Tetapi kalau nak dikira awallah juga kerana jualan cuma di buka jam 10.00 pagi. Yang menariknya - sticker I Love Crocs akan ditampal pada baju pengunjung yang memakai Crocs Original ketika hendak memasuki ke dalam Splash Park di Level 5, Mines Shopping Fair. Setelah memasuki kawasan jualan memang rambang mata juga jadinya. Tetapi dek kerana terpaksa berebut dengan orang ramai, mencari model, saiz dan warna yang dikehendaki, kadang-kala perlu juga bertanyakan jurujual yang bertugas untuk mendapatkan apa yang dikehendaki dari kotak-kotak di belakang mereka, mencuba dan meninjau keadaan menjadi seperti tidak selesa. Akhirnya kami cuma menghabiskan masa lebih kurang satu jam sahaja sebelum keluar semula. Saya cuma membeli tiga pasang, 2 untuk saya (seperti gambar di atas) dan sepasang untuk Angah (Bite Wraith Unisex/Light Grey-Navy) sebagai hadiah hari jadi beliau (Katanya nak buat berjoging). Lisa mendapatkan sepasang untuk Iwan (Baya/Pulse). Saya juga sempat menangkap 4 keping jitbitz starwars untuk Iwan. Jualan murah ini akan berlangsung sehingga 13 Disember jam 6.00 petang di tempat yang sama. Masih sempat lagi kan...:)